Kesediaan Guru Pendidikan Khas dalam Melaksanakan Mata Pelajaran Asas Tanaman

Nurul Farahah Derapa, Suziyani Mohamed

Abstract


Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSM PK) dilaksanakan awal tahun 2017. Mata pelajaran Asas Tanaman adalah satu daripada tujuh mata pelajaran yang terdapat di dalam Kemahiran Asas Vokasional. Terdapat tiga objektif kajian iaitu untuk mengenal pasti kesediaan guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam melaksanakan pengajaran Asas Tanaman, mengenal pasti perbezaan pengetahuan guru dalam melaksanakan pengajaran Asas Tanaman berdasarkan kehadiran kursus Asas Tanaman serta mengenal pasti perbezaan kemahiran guru dalam melaksanakan pengajaran Asas Tanaman berdasarkan pengalaman mengajar Kemahiran Hidup Pertanian. Kajian tinjauan pendekatan kuantitatif ini melibatkan 60 orang guru yang dipilih dalam kalangan guru pendidikan khas yang mengajar mata pelajaran Asas Tanaman di Program Pendidikan Khas Integrasi. Data dikumpulkan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 49 item. Soal selidik tersebut dibina berdasarkan skala likert lima mata. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS. Analisis statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berdasarkan persoalan kajian. Hasil keseluruhan dapatan kajian mendapati tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap adalah tinggi (Min = 4.11) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran guru dalam melaksanakan pengajaran Asas Tanaman berdasarkan pengalaman mengajar Kemahiran Hidup Pertanian (p> 0.05). Terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesediaan pengetahuan guru berdasarkan kehadiran kursus Asas Tanaman (p<0.05). Kajian ini dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan kursus latihan kepada guru untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan pengajaran Asas Tanaman. Perlaksanaan pengajaran Asas Tanaman yang berkesan dapat melahirkan murid berkeperluan khas masalah pembelajaran yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian.

Keywords


KSSM Pendidikan Khas; Asas Tanaman; Program Pendidikan Khas Integrasi; Pengetahuan guru; Sikap guru; Kemahiran guru

Full Text:

PDF

References


Abdul R. H., (2016). Kesediaan Pengetahuan Kemahiran dan Sikap Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Mengajar Kemahiran Hidup Pertanian. Universiti Kebangsaan Malaysia

Anne, G.P, M. Soe & Liisa R. (2012). Evaluation of Entrepreneurial Development Coaching: Changing the Teacher’s Thinking and Action on Entrepreneurship. Annual of Innovation Entreptreneurship 3.

Awang L. & M. H. D., (2016). Hubungan antara Kepimpinan Transformasional Guru Besar dengan Komitmen Guru Pendidikan Khas Integrasi Di Kedah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Bil. 3, Isu 1

Anizam M. Y., Manisah M.A.& Amla M. S.. (2013). Pendidikan Vokasional Pelajar Berkeperluan Khas Ke Arah Memenuhi Pasaran Pekerjaan. Proceeding of the International Conference on Social Science Research, IC ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, Malaysia. E-ISBN 978-11768-1-8.

Anizam M. Y., Manisah M. A., & Salleh, Amla M.. (2012). Penerapan Kemahiran Kebolehkerjaan dalam kalangan Pelajar Berkeperluan Khas. Paper presented at the Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, Hotel Puteri Pasific, Johor Bahru.

Airulliza. (2012). Pengaruh minat dalam amalan motivasi terhadap pembelajaran pelajar-pelajar tingkatan empat. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Cameron, H. & Nunkoosing, K. (2012). Lecturer perspectives on dyslexia and dyslexic Students within one faculty at one university in England. Teaching in Higher Education, 17(3), 341-352

Fleming A.R & Fairweather J.S. (2012). The Role of Postsecondary Education in the Path From High School to Work for Youth With Disabilities. Career Development and Transition for Exceptional Individuals 2012 35: 132

Hollins, E.R. (2011). Teacher Preparation For Quality Teaching. Journal of Teacher Education. 62 (4); 395-407

Haznurah Z. & Mohd Z. G.I(2012). Tekanan emosi guru pendidikan khas di sekolah. Journal of Special Needs Education, Volume 2, 2012, Pages 138 to 149.

Jabatan Pembangunan Kemahiran. (2012). Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan 2012. Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. 63

Jessica Jawing. (2012). Bangunan Harus Mesra OKU. Terbitan Borneo Post Online Sarawak: Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya Malaysia; Kementerian Pendidikan Malaysia. www.moe.gov.my

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2011). Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia 2010. Putrajaya; Bahagian Perancangan dan Penyelidikan KPT.

Melissa, Ng L., Yen, Abdullah, & See, Ching M., (2011). Employment of people with disabilities in Malaysia: Drivers and inhibitors. International Journal of Special Education, 26(1), 112-124. Pelan Strategik Interim 2012. Kementerian Pendidikan Malaysia. Diperoleh pada Mei 23, 2017 daripada http;//www.moe.gov.my/pdf

Mohd H. A., (2008). Persepsi Pensyarah Institut Perguruan Gaya Terhadap Tahap Penguasaan dan Kemahiran ICT. Jurnal Ilmiah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 1: 81-100

Mohd M. K.,(1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

Mohd. S., Mohd. R. and Arshad, M. (2010). Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah, Daerah Kota Tinggi, Johor. Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah , Daerah Kota Tinggi.

Noraini I., (2013). Education for All Malaysian perspective. Selangor; Seri Kembangan.

Norfadhilah N., (2014). Penilaian Pencapaian Objektif program pembudayaan keusahawanan (PPK) di Politeknik Malaysia. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noraini A., Mohd H., Mohd Y., & Nur, A. (2015). Vocational Education as a Career Pathway for Students with Learning Disabilities : Issues and Obstacles in the Implementation. International Journal of Education and Social Science 2(3): 98–104.

Noor Aini, Zamri dan Zahara. (2012). Pengajaran kemahiran komunikasi bagi murid-murid bermasalah pembelajaran teruk. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu. 2 (2). pp. 11-18.

Shahrina H. & Siti H. M., (2010). Faktor penghalang penerapan ciri keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mengikut perspektif guru. Institutional Repository. UTM.




DOI: http://dx.doi.org/10.17977/um031v4i12018p066

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2018 Jurnal ORTOPEDAGOGIA

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.

"Jurnal Ortopedagogia" is Indexing by:

 

View My Stats